Thursday, October 15, 2015

Mahathir Guna ISA Tanpa Bicara, Najib Serah Kepada Mahkamah


1. Apabila Tun M bersama TS Muhyiddin, Ku Li, Shafie Afdal dll mengadakan PC, isu yg digunakan ialah menentang penggunaan SOSMA terhadap Khairuddin dan Matthias Cheng. SOSMA dijadikan sebagai kambing hitam untuk menyatukan Geng 6 sebagai komplot terbuka dan  meraih simpati rakyat supaya terus berusaha menggulingkan DS Najib sebagai PM atas alasan menyalahgunakan kuasa kerajaan. 

2. Ternyata mereka tersalah tembak burung. Peguam Negara menjelaskan kedua dua mereka itu bukan didakwa atas kesalahan SOSMA tetapi didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yg boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 15 tahun. Tuduhan terhadap mereka ialah cuba mensabotaj perbankan dan kewangan negara. 

3. Peguam Negara menjelaskan walaupun Khairuddin dan Matthias bukan didakwa atas kesalahan SOSMA tetapi definisi " Kesalahan Keselamatan" jelas menunjukkan yg SOSMA tidak hanya terhad kepada keganasan atau pengganas. Apa pun Khairuddin dan Matthias sebenarnya telah didakwa dan akan dibicarakan. Mereka ada hak mempertahankan diri, mencari peguam dan membela diri. Ia bukan ISA di zaman Mahathir, di mana mereka akan ditahan tanpa bicara. Ini yang dilakukan oleh Tun M pada tahun 1987 di mana 107 orang ditahan di bawah Operasi Lalang. Bahkan di zaman Reformasi ramai yg ditahan tanpa bicara oleh Tun M dan antara yg menjadi mangsa ialah DS Zahid Hamidi dan DS Dr Zambry Kadir. 

4. TS Muhyiddin memang patut rasa malu kerana semalam dia mengeluarkan kenyataan balas menjelaskan dia memang sokong SOSMA bila diluluskan di Parlimen tetapi menentang penggunaannya terhadap Khairuddin dan Matthias kerana mereka bukan pengganas. Sedangkan Khairuddin dan Matthias bukan didakwa di bawah SOSMA. Apakah TSMY menyokong membabi buta SOSMA sehingga tidak faham isi kandung Akta tersebut? Apakah itu juga sikap beliau akhir akhir ini iaitu menyokong membabi buta Tun M atas isu 1MDB dengan menggunakan fakta yg dipalsukan oleh Sarawak Report dan ASWJ seperti pengakuan oleh Justo? Sebenarnya keikhlasan dan kebenaran bukan lagi matlamat TSMY tetapi mencari peluang mengeksploitasi apa sahaja isu untuk menjadi Perdana Menteri kerana telah dijanjikan oleh Tun M. 

5. Dan sepanjang dalam BN kenapa TSMY tidak membantah penggunaan ISA oleh Tun M kepada musuh musuh politiknya hatta di kalangan pemimpin UMNO sendiri? Kenapa dgn tiba tiba dia bersekongkol pula dgn Tun M membantah penahanan Khairuddin dan Matthias yg bukan didakwa pun di bawah SOSMA atau tahanan tanpa bicara? Lebih malang lagi Muhyiddin mengajak pula rakyat bangkit menentang PM kerana isu dua orang yg cukup jelas cuba mensabotaj ekonomi negara. 

6. Kini dia bersekongkol dengan Tun M yang masih tidak boleh mengikis sifat diktatornya walaupun tidak lagi berkuasa. Tun M masih mahu berlagak diktator untuk menentukan siapa yg boleh jadi PM dan siapa yang boleh diturunkan sebagai PM. Dia berterus terang mahu Najib digulingkan dan berterus terang menyatakan Muhyiddin orang paling layak menjadi PM yang baru. 

7. Apakah rakyat mesti membenarkan individu yang terbukti ada rekod buruk sebagai diktator merobek robek sebuah kerajaan yang lebih terbuka berbanding semasa pentabirannya dulu? Tun M banyak rekod menyalahgunakan ISA. Dialah pengamal KKN iaitu Kolusi Korupsi dan Kroni yg paling teruk. Dialah penyalah guna kuasa kerajaan sebenarnya. Itulah masalah Tun M kerana "Mahathir Susah Lupa". 

10/15/2015 7:42:06 AM

No comments:

Post a Comment