Wednesday, October 28, 2015

Mahathir Mengamuk, Najib Masih Perdana Menteri



Mantan  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengamuk dan kecewa dengan para 'askar upahan siber' yang dibayarkan kerana masih gagal mewujudkan momentum besar untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir dikatakan berang apabila gerakan memaksa Najib untuk berhenti seakan bertemu jalan buntu.


Tambah sumber tersebut, 'askar upahan siber' yang dibayar juga dilihat mampu untuk mewujudkan sentimen kebencian seperti yang diharapkan.

Ini kerana ketika gerakan menyngkirkan Pak Lah suatu ketika dahulu, Mahathir tidak memerlukan masa yang lama untuk memaksanya untuk berhenti.

Pemimpin UMNO khususnya ahli majlis tertinggi dan Ketua Bahagian pada ketika itu, dilihat begitu mudah terpengaruh untuk turut serta dalam gerakan membuang Pak Lah.

Berbanding era Najib, mereka dilihat seakan bersatu menyokong kepimpinan Presiden parti.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun Najib dilihat semakin kuat ditambah dengan sokongan PAS yang dikatakan agak mesra dengan Putrajaya.

Mahathir sedar dengan sokongan tersebut, rakyat akan melihat Najib sebagai pemimpin yang berjaya mewujudkan perpaduan antara masyarakat Melayu dan Islam yang merupakan golongan terbesar di negara ini.

Sumber tersebut turut mendedahkan, Mahathir ketika perjumpaan bersama jentera #undurNajib baru-baru ini mengesa agar semua 'askar upahan siber'  yang dibayar itu untuk melipat gandakan usaha agar masyarakat terus membenci Najib.

Ini kerana dengan cara itu sahaja, ahli majlis tertinggi dan ketua-ketua bahagian terpaksa akur dengan desakan untuk memaksa Najib berundur.


1 comment: