Sunday, November 1, 2015

Agak-Agak Berapa RM Pulak Yang DIbawa Ke Sarawak?


Seperti yang semua orang tahu, 2 balacinya Mahathir sedang ditahan di penjara kerana dakwaan cuba mensabotaj ekonomi negara.  Dua orang inilah yang selalu buat kerja kotor Mahathir dan akhirnya menghadapi tindakan sedangkan Mahathir rileks saja di luar, selamat tanpa gangguan.

Tapi bila balaci yang dua ekor ini tidak ada, susah jugak Mahathir nak meneruskan gerakannya menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Mahu tak mahu terpaksalah Mahathir buat sendiri semua kerja.

Ada beratus ribu pemuja (kononnya) pun tak guna sebab dah banyak kali dibuktikan itu hanya di alam siber, di alam realiti, Mahathir hanya disokong beberapa orang manusia sajalah, itu yang bila balik dari luar negara, jumlah menyambut di lapangan terbang, adalah beberapa orang.

Semalam, Mahatihir turun Sarawak.

Motif sebenarnya tu tak pulak diketahui, tapi sebagai orang yang menganggap diri sebagai Godfather kepada kerajaan Malaysia ini (siapa patut atau tidak jadi Perdana Menteri perlu melalui dia dulu), turunnya Mahathir ke Sarawak mesti ada kena mengena dengan usaha memujuk Ahli Parlimen BN negeri itu untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Sudah pasti datang bukan dengan pujuk kosong.  Tak hairan kenapa untuk lawatan kali ini Mahathir datang dengan pesawat lebih besar dari biasa. Entah berapa banyaklah RM dibawa di atas pesawat itu sebagai pengeras memujuk.

Tak mustahil sebab koni-kroni Mahathir sudah panas membahang kerana sejak Najib ambil alih, mereka tidak dipedulikan.  IPP kena ambil alih, stesen TV berbayar bakal disaingi TVInternet serta dekoder percuma dari kerajaan dan lain-lain lagi.

Sorang dua sempatlah bergantung kepada Muhyiddin sekejap tapi Muhyiddin pun dah kena terajang keluar dan jumlah yang sempat disonglap bukan banyak, sekitar RM 4 billion saja.

Mana cukup!!

No comments:

Post a Comment