Monday, November 30, 2015

Apa Yang Mahathir Beritahu Penyokong-Penyokongnya?


Membaca blog pro Mahathir seperti blog Jebat Must Die ini, kita jadi hairan apa yang diberitahu Mahathir kepada penyokong-penyokongnya mengenai 1MDB serta dana RM2.6 billion yang dimasuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Yang kita semua tahu, RM 2.6 billion itu bukan wang rasuah tapi wang derma (SPRM pun sudah sahkan) dan 1MDB membuktikan bahawa RM 42 billion hutangnya yang Mahathir katakan hilang sebenarnya ada, buktinya adalah penjualan dan penghapusan hutang Edra dari 1MDB baru-baru ini yang bernilai hampir RM 18 billion.

Meleset benar nampaknya fahaman orang-orang Mahathir yang cuba lari dari tajuk hutang dengan cerita yang tidak berkenaan mengenai 1MDB.

Apakah bodohnya orang ini dengan mengatakan kononnya KALAU bon RM5 billion yang dijamin kerajaan gagal, ia boleh DIANGGAP sebagai duit pembayar cukai kerana kerajaan yang perlu menjelaskan bon tersebut.

Pertama, bon itu dan 1MDB belum gagal lagi, kedua ia tidak ada kena mengena dengan kelulusan membawa wang ke luar negara oleh 1MDB pada tahun 2013 yang ditarik balik Bank Negara baru-baru ini - ini 2 cerita yang langsung tidak ada kena mengena sama sekali!!

Begitu juga dakwaan konon Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan CEO Lembaga Hasil yang dikatakan tutup mata dengan 'kesalahan' yang dilakukan 1MDB tanpa menjelaskan apakah dia bentuk kesalahan itu dan jika ada sekalipun, kenapa bukti yang berkaitan tidak diserah kepada agensi penguatkuasa berkaitan?

Disamping itu ada juga tuduhan yang cuba mengatakan Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima dana sebanyak RM40 juta!!  Dimana bukti untuk tuduhan ini?  Setakat nak sembur air liur, kita pun boleh lebih dari itu.

Ketiga-tiga mereka (Pengerusi SC, CEO Lembaga Hasil dan Ds Rosmah) mungkin perlu menimbang untuk mengambil tindakan undang undang terhadap penulis blog berkenaan.

Apa pun, ini gambaran apa sebenarnya yang berlaku dalam gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dijalankan oleh Mahathir, kelam kabut, keliru dan tidak ada hala tuju.

Dari Najib yang salah, kepada semua orang pun salah, yang tak salah hanya Mahathir seorang.

No comments:

Post a Comment