Monday, November 23, 2015

Benarkah Ada Gerakan Khairy Untuk Malukan Najib Di PAU 2015 Nanti?


Semalam tersebar sebuah carta yang menunjukkan gerakan jahat beberapa pihak untuk memalukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan diadakan Disember nanti.

Antara lain, carta tersebut mengaitkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin sebagai antara 'kepala' yang akan mengatur gerakan unutk memalukan Najib nanti.  Peranan Khairy dalam gerakan hampir sama sebelum ini bukanlah satu rahsia lagi, semua orang pun tahu.

Tinggal lagi dia bijak menyembunyikan diri dengan menggunakan Exco Pemuda tertentu untuk bertindak bagi pihaknya.

Kehadiran carta ini bagaimanapun mengubah segalanya.

Gerakan ini, yang turut melibatkan beberapa pemimpin UMNO yang lain seperti Muhyiddin Yassin dan Muhriz Mahathir, sememangnya selari dengan apa yang sudah dirancang bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Dikatakan, ini adalah pelan terakhir Mahathir pada tahun ini setelah beberapa pelan serupa yang dirancang bersama Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib, gagal.

Khairy perlu tampil menjelaskan perkara ini, betulkah dia terlibat?

1 comment:

  1. Tak baik buat mcm tu khairy,,,,,kau tu jadi menteri pun bukan padal prestasi kau hebat tapi najib kesian dgn kau

    ReplyDelete