Tuesday, November 3, 2015

JDT Menang Cara Paling Aneh, Tak Layak Dapat Pengiktirafan Negara


Bangsa-bangsa Johor sudah pasti sedang bergembira dengan kejayaan pasukan bolasepak mereka menjuarai piala AFC Sabtu lepas.  Sana sini dengar bangsa Johor bercakap mengenainya seolah-olah sudah jadi juara dunia.

Macam mana menang, itu sudah tidak peduli, asal menang sudah.

Sementara kita akui kemenangan ini memang mencatat sejarah sebab belum pernah ada pasukan dari negara kita yang menang, tapi hakikatnya banyak yang tidak kena dengan cara JDT menjuarai piala tersebut.  

Dua kali layak secara percuma bila pasukan yang sepatutnya mereka berlawan, dibatalkan penyertaan akibat masalah campur tangan oleh kerajaan mereka kononnya, 4 kali gol pasukan dari Tajikistan, FC Istikiol dibatalkan oleh penjaga gol dari Jepuin Minoru Tojo dalam perlawanan akhir - tindakan yang menarik kemarahan peminat Istikiol yang merasakan ada tidak kena dengan perlawanan itu.

Bukan peminat FC Istikiol saja, kita pun nampak macam ada sesuatu.

Apa pun puncanya, semua ini tidak melayakkan  JDT untuk mendapat sebarang pengiktirafan negara seperti yang dituntut peminatnya, ganjaran, jauh sekali.  Dia lebih kurang pertandingan peringkat paralimpiklah macam itu, cacat segala segi.

Pertandingan inipun dianggap kelas 2 kerana tidak disertai oleh pasukan handalan berkelas dunia dari Jepun, Korea dan Australia - walaupun ketiga-tiga negara itu adalah bernaung dibawah AFC.

Senang cakap, rakyat Malaysia tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan kejayaan ini sebab kita semua nampak banyak yang tidak kena, bangsa Johor bolehlah pasal itu bangsa mereka, bukan ada kena mengena dengan kita.
 

1 comment:

  1. kalau marah ..... bila sdg berjalan....berhentilah.

    jika sdg berdiri...duduklah......Masih lg marah.....baringlah! insyaalah dpt mengurangkan kemarahan tu...

    bila tgh marah....kawal emosi dulu...tangguhkan dulu bila nak menulis/membakar.....krn bila hati sdg terbakar....hendak membakar pula...skhirnyadiri sendiri terbakar....

    mohon maaf ya rakyat pahang! tahun depan ada lg....

    ReplyDelete