Wednesday, November 18, 2015

Sokong Budget, Muhyiddin Dan Ku Li Sedar Mahathir Seorang Penipu


Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila bekas timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyokong pembentangan budget 2016 Isnin lalu.

Malah ahli parlimen Gua Musang itu ketika ditanya mengenai tindakan itu berkata sokongan undi bajet 2016 itu menunjukkan bahawa Najib masih mempunyai sokongan kuat di kalangan wakil rakyat BN.



Paling terkejut pastinya Tun Dr Mahathir dan para penjilat tegarnya yang meyifatkan tindakan itu seperti mengkhianati bekas Perdana Menteri itu yang mahu menyingkirkan Najib.

Para penyokong Tun Mahathir melalui akaun Facebook dan Twitter dilihat melahirkan rasa kecewa mereka kerana ia secara tidak langsung membuktikan Najib masih kuat dan sukar untuk ditumbangkan.

Malah ada dikalangan mereka turut menyifatkan tindakan Muhyiddin dan Ku Li itu sebagai pengkhianatan kerena telah bersetuju untuk bersekongkol mengulingkan Najib.

Bajet 2016 melepasi peringkat dasar malam semalam selepas undi blok menyaksikan 128 undi memihak manakala 74 lagi menentangnya.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Tengku Razaleigh dan Muhyiddin adalah antara tujuh pemimpin Umno yang sedang dipantau untuk tindakan disiplin kerana lantang membidas parti.

Malah Mahathir sebelum ini juga turut yakin undi tidak percaya terhadap Najib akan direalisasikan melalui undi menolak Budget 2016 yang dibentangkan itu.

Bagi memastikan ia berjaya Mahathir turut dikatakan melobi 38 ahli-ahli Parlimen BN untuk menolak Budget tersebut.

Ini kerana Mahathir memerlukan 112 undi bagi merealisasikan impiannya itu, dengan sokongan undi daripada 88 ahli parlimen pembangkang Mahathir hanya memerlukan 24 undi daripada BN (sekiranya 14 ahli parlimen Pas mengambil pendekatan berkecuali, Mahathir memerlukan 38 undi ahli parlimen BN).

Namun setelah pelbagai lobi dan cara dilakukan, Mahathir hanya mampu meraih sokongan 74 undi sahaja.

Paling menarik ada dikalangan penganalisa politik menyifatkan tindakan Ku Li itu merupakan signal yang jelas, bahawa beliau masih tidak percaya dengan keikhlasan Mahathir.

Ku Li tahu Mahathir adalah merupakan ahli politik yang licik dan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan cita-citanya untuk terus berkuasa terlaksana.

Malah 'habuan' untuk meletakkan Ku Li sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Najib sekiranya gerakan tersebut berjaya hanyalah 'gula-gula' Mahathir untuk meraih sokongan semata-mata.

Namun setelah gerakan itu berjaya, pasti orang lain yang akan dilantik kerana Mahathir pada hakikatnya mahu mereka yang mengantikan Najib mesti akur dengan segala kehendak dan kemahuanya atau dalam bahasa mudah, boneka yang boleh dicucuk hidung.

Ini kerana niat sebenar Mahathir hanyalah mahu memastikan Mukhriz menjadi Perdana Menteri dan bukannya orang lain.

No comments:

Post a Comment