Thursday, November 5, 2015

Tak Debat Pasal Botak, Bodoh Statement Ni, Balaci Taknak Troll?


Bodoh benar rasanya kita bila Rafizi memutuskan untuk mengelak dari berdebat dengan Arul Kanda pasal 1MDB kerana kepala kedua-dua mereka botak!!  Tak elok katanya 2 orang botak berdebat - wad gila mana punya ajaran dia ambik pun kita tak tahu.

Ini kenyataan yang jelas kebodohannya, dibuat pulak oleh orang yang kononnya cerdik. Apasal balaci taknak troll, pasal yang cakap ni orang kau sendiri ya?

Jangan pemimpin UMNO kang, lain dia cakap, lain yang kau faham.  Lepas tu buat poster ikut faham sendiri, ramai-ramai maki poster yang sebenarnya puak kau buat sendiri, ni gila namanya, bukkan bodoh lagi dah.

Apa pun yang penting untuk rakyat dan pengundi atas pagar tahu, ini semua politik sajalah sebab motifnya sekarang bangkit kebencian.  Seolah-olahnya UMNO ni teruk sangatlah, sebab itu dibuat macam-macam hebahan yang tidak benar.


Politik saja ni bukan betul pun pemimpin tu cakap macam itu.  

Cuba benda betul dan bodoh macam kenyataan yang dibuat Rafizi, kenapa mereka tak kecoh?  Botak apa kena mengena dengan debat, apa kepala ke yang bercakap atau Rafizi saling menyondolkan kepalanya semasa berdebat?

Jelas dan terang bodohnya tu tapi inilah pemimpin yang mereka puja-puja kata hebat sangat tu pun.

No comments:

Post a Comment