Monday, December 21, 2015

ERL: Kewajaran MAB Bayar RM 5 Untuk Setiap Penumpang KLIA Kepada YTL?


Terdedahnya perjanjian konsesi antara pengendali ERL, YTL dengan kerajaan Malaysia, agak mengejutkan kita semua kerana baru kita tahu selama ini kerajaan Malaysia (melalui Malaysia Airport Berhad) diwajibkan membayar RM 5 untuk setiap penumpang kapal terbang di KLIA.

Sehinggakan katanya diwujud KLIA2 untuk mengurangkan bayaran yang sia sia ini.

Persoalannya, bolehkah Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika konsesi ini dianugerahkan pada 2002 (perjanjian asal pada tahun 1997), menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana perkara ini boleh berlaku>

Apakah kewajarannya kerajaan terpaksa membayar buta kepada YTL (yang juga kroninya) untuk perkhidmatan yang belum tentu digunakan oleh penumpang KLIA pun?


Tak cukup lagi konsesi selama 30 tahun yang dianugerahkan kepada YTL sehingga kerajaan terpaksa membuat bayaran sedemikian?

Kalau ini bayaran komisen kerana ERL membawa pelanggan ke KLIA maka pengusaha teksi dan bas di KLIA juga patit mendapat kelebihan yang sama, kenapa ERL saja?

Harap Mahathir yang bijak laksana ini boleh jelaskan.

No comments:

Post a Comment