Wednesday, December 23, 2015

Zaman Mahathir Kasut Sekolah RM 12, Zaman Najib RM 5


Rakyat Malaysia ternyata mendapat banyak manfaat dari pemilihan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Sejak mengambil alih jawatan, Najib telah berjaya membawa ekonomi negara ini ke tahap lebih baik terutama dalam mengurangkan bebanan kos hidup rakyat.

Tidak ada lagi isu kos sara hidup, yang ada hanyalah isu kos gaya hidup.  Hari ni makan hotel mana, banding dengan dulu (zaman Mahathir), makan ke tak makan hari ini,

Paling mudah sekarang tengok saja harga kasut sekolah.

Seingat penulis dulu, paling murah kasut sekolah berharga RM 12 - ketika awal 90-an dan terus meningkat dari situ.  Tapi pada zaman Najib, kasut sekolah boleh didapati pada harga serendah RM 5, bukankah itu menakjubkan?

Bagaimana ini berlaku sekarang, rahmat buat ibubapa terutama yang ada anak ramai, itulah yang magiknya.  


Sama seperti tol, zaman Mahathir, semua lebuhraya dikenakan tol melalui perjanjian konsesi sehingga menyusahkan rakyat bergenerasi lamanya, termasuk sehingga sekarang.

Tapi pada zaman Najib ada lebuhraya yang boleh dibina tanpa perlu mengenakan sebarang tol kepada rakyat, malah, apa bentuk konsep perjanjian seperti konsesi yang membebankan itu tidak digunakan lagi.

Mahathir dulu percaya, tanpa konsesi, Malaysia tidak akan maju serta mempunyai infrastruktur seperti mana sekarang.  Najib membuktikan pendapat itu salah, tanpa konsesi pun negara boleh maju.

Begitulah hebatnya Najib.

No comments:

Post a Comment