Monday, February 15, 2016

Hikmah Disebalik Perletakan Jawatan Mukhriz Sebagai MB



Para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini melihat perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menter Besar adalah merupakan satu lagi kegagalan dalam gerakan untuk memaksa Perdana Menteri berundur.


Malah mereka juga mendakwa ia sebagai satu usaha untuk mematikan karier politik Mukhriz ekoran tindakannya yang kerap kali mengkritik pentadbiran kerajaan pusat.

Namun disebalik musibah tersebut, rata rakyat dan pengundi di Dun Ayer Hitam pada hakikatnya bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan Umno Kedah atas desakan untuk menukarkan Mukhriz sebagai MB.

Ini kerana sejak tidak lagi memegang sebarang jawatan penting dalam pentadbiran negeri dan Umno, Mukhriz dilihat lebih banyak menghabiskan masa untuk bertemu dengan rakyat dan pengundi di kawasannya.

Menurut mereka, selama hampir 3 tahun Mukhriz menjadi wakil rakyat di Ayer Hitam, kehadiran beliau di Dun Ayer Hitam boleh dikira dengan jari.

"Kalau dulu, setiap kali kami pergi untuk mengadu nasib tentang maslaah harian hanya pegawai Mukhriz yang ada di pejabat pusat khidmat wakil rakyat.

"Malah kerap kali juga masalah yang diajukan, sepi tanpa ada sebarang penyelesaian" kata mereka.

Menurut mereka lagi sejak krisis kepimpinan berlaku, Mukhriz dilihat lebih kerap turun padang untuk berjumpa dengan rakyat dan pengundi.

"Mungkin inilah hikmah disebalik perletakkan jawatan beliau kami amat berharap Mukhriz akan meneruskan khidmat berjumpa dengan rakyat dan pengundi.

"Yang penting beliau lupakan segala masalah yang berlaku di peringkat kepimpinan negeri, buka lembaran baru untuk terus berbakti dan menabur budi dengan para pengundi di Ayer Hitam" kata mereka lagi.

No comments:

Post a Comment