Saturday, February 27, 2016

Undang-Undang Menyekat TMI Digubal Pada Zaman Mahathir


Mahathi tidak perlu melatah dengan keputusan kerajaan menyekat akses ke laman The Malaysian Insider sebab undang-undang yang digunakan untuk menyekat laman web tersebut telah digubal pada tahun 1998 - ketika Mahathir masih Perdana Menteri.

Entah kenapa ia kurang dikuatkuasakan sebelum ini, sehingga bila kena pada TMI, nampak macam isu yang besar sangat.

Itu bagaimanapun masih kurang. Tak berapa lama sebelum ini Mahathir pernah kata akan sekat Internet kalau dia ada peluang jadi Perdana Menteri sekali lagi.  Jadi kita hairan bagaimana Mahathir kata sekat TMI maksud negara jadi macam Korea Utara, yang dia nak sekat Internet, tak jadi apa-apa?

Sama ada nyanyuk atau sudah gila.

Mahathir dah berubah dalam banyak aspek dah, ada perubahan itu sifatnya 360 darjah, ada yang 180 darjah.  Tapi satu benda ini yang Mahathir tak pernah berubah - tidak ada kebebasan bersuara yang mutlak sifatnya.

Termasuklah perkara-perkara benar, sedangkan yang menjadi punca TMI disekat aksesnya itu kerana mereka menyiarkan perkara yang tidak benar, ada beza.

Jadi apa masalah Mahathir sebenarnya?

No comments:

Post a Comment