Tuesday, March 8, 2016

Memahami Game Shafie Afdal, Mahathir Nak Kena Main Lagi


Penulis sekarang memerhati dengan dekat Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal.  Nampak macam ada yang tidak kena dengan dia ini sebab berbanding Muhyidddin Yassin, Shafie nampak macam cuba menjauhkan diri dari kumpulan Mahathir sekalipun bila ditanya wartawan, dia terang-terang memberikan sokongan.

Tapi itu hanya kata-kata, yang penting sekarang perbuatan, lidah tak bertulang kata orang.

Contoh macam Deklarasi Rakyat, nama Shafie antara yang paling atas, tapi rupanya dia pun tak sign lagi.  Wan Azizah pun tak hadir majlis yang diadakan di UM itu tapi dia dah sign, Shafie pulak belum sign.

Apa sebenarnya yang berlaku, siapa nak kena main agaknya ni?


Muhyiddin semalam terpaksa berjalan dengan ahli parlimen pembangkang ketika sesi parlimen baru dibuka sebab tidak ada MP BN yang nak berjalan dengannya - termasuk Shafie.  Shafie lagi.

Apa pun, ini perkembangan yang menarik.  Memang ada ura-ura mengatakan Shafie nak berpatah balik menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak tapi bukan mengejut mengejut macam itu saja, takut bateri yang menggerakkan jantung Mahathir, berhenti berfungsi pulak.

No comments:

Post a Comment