Sunday, March 20, 2016

Sial Guan Eng Menimpa Selepas Kerjasama Dengan Mahathir


Di alam realiti, memang seseorang hanya layak dianggap bersalah selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman, itupun kena tunggu semua Mahkamah dulu sebab proses rayuan dan sebagainya.

Sementara di alam maya ini, kita pakai logik saja nak anggao seseorang itu bersalah atau tidak, orang lain nak ikut, ikut, taknak ikut sudah.  Lagipun alam maya bukan Mahkamah, takde merit apa yang perlu difikirkan.

Begitulah kisahnya dalam soal Guan Eng yang kini menjadi tumpuan media dek skandal banglownya. Menariknya, orang lain dalam dunia bangga rumah paling mahal, kena Guan Eng, bakal masuk penjara sebab rumah terlalu murah.

Penulis yakin pengakhirannya begitu (masuk penjara) sebab 'dahuluan' kes ini sudah ada - dalam kes membabitkan Khir Toyo. Cuma ketika kena, Khir Toyo tidak pegang apa jawatan sedangkan Guan Eng sekarang bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tapi sementara proses hukum menentukan nasib Guan Eng, penulis lihat sial Guan Eng ini bermula sebaik saja dia, bapanya dan partinya mengumumkan kerjasama dengan Mahathir. Genap 14 selepas sokong deklarasi rakyat, skandal inieletus.

Membuktikan Mahathir ini memang celaka besar, semua orang yang rapat dengannya, semua dapat malang,

Ini realiti, tengok Muhyidddin, tengok Mukhriz dan sekarang Guan Eng pulak, semua dapat suwey Mahathir. Memang tak berguna satu sen pun orang tua itu, elok berhenti jadi manusia saja, tak habis habis menyusahkan hidup orang.

No comments:

Post a Comment