Tuesday, April 19, 2016

PAC Tipu, PRU Tipu Yang Tak Tipu Hanya Mahathir


Semalam Mahathir menulis di dalam blognya mendakwa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menipu bila membersihkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari sebarang salah laku.

Ini kali kedua Mahathir bangkit pasal tipu, tak beberapa lama sebelum Mahathir tuduh PRU pun boleh menipu juga.

Lupakan pasal PRU tu, hari ini nak cerita pasal PAC.  Ada 5 PRU yang Mahathir kendalikan semasa jadi Perdana Menteri, nak buktikan semua tu tipu perlu masa juga.

Sebelum ini Mahathir juga yang mengaku lebih percayakan PAC dari yang lain sebab sifat bi-partisan jawatankuasa tersebut tapi sekarang dia ubah cerita pulak.  Tak bolehlah kalau Mahathir nak dengar apa yang dia nak dengar saja baru nak percaya.

Ikut hukum mana sekalipun, pokok pangkalnya kepada kebenaran bukan sebab individu itu nak percaya apa.


Apa pun, dalam soal derma RM 2.6 billion, itu jelas Mahathir tipu sebab Menteri Arab Saudi sudah sahkan itu adalah derma dari mereka.  Mahathir perlu jawab itu dulu, baru tuduh orang lain tipu sebab sah dia sendiri lagi kuat menipunya.


No comments:

Post a Comment