Friday, April 29, 2016

#PRNSarawak: Peluang DAP Dari Tipis Kepada Tertutup Kalau Mahathir Muncul


Rupa-rupanya Mahathir bukan sengaja tidak datang ke Sarawak berkempen untuk DAP tapi kerana dia memang disuruh untuk tidak datang ke Sarawak atau peluang DAP di Sarawak dari menipis sekarang kepada tertutup terus.

Puncanya kerana sepanjang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir paling banyak menyusahkan rakyat Sarawak.  Empangan Bakun cukuplah, itu saja masalah terbesar.rakyat Sarawak apabila kos meningkat lebih 100% dari RM 6 billion kepada RM 15 billion.

Selain itu, perancangan yang tidak sempurna dan tergesa-gesa pada peringkat awal pembinaannya telah menyusahkan rakyat di sekitar Kapit apabila Sungai yang menjadi pilihan perjalanan utama rakyat di kawasan itu, sering mengalami kekeringan sepanjang tahun kerana airnya dihalakan untuk menenuhkan empangan.

Itu baru satu masalah, sebenarnya ada banyak masalah berkaitan Mahathir di Sarawak ini, tak hairanlah kenapa sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri, takde 20 kali pun Mahathir jejak kakinya ke Sarawak, melawat rakyat.

Berbanding Perdana Menteri Najib yang kini sudah lebih 50 kali melawat Sarawak - kurang 10 tahun menjadi Perdana Menteri,  Sebab itulah kenapa sehingga sekarang Mahathir masih tidak jejak kakinya ke Sarawak.

Cakaplah tak sihat dan sebagainya, sebetulnya taknak ganggu peluang DAP sebab orang dah benci.

No comments:

Post a Comment