Monday, April 4, 2016

Proton: Mahathir Cabut Pasal Dah Tahu Nak Terlingkup


Ramai hairan dan pelik kenapa Mahathir umum lepas jawatan Proton, sekali dengan jawatan-jawatan lain dalam agensi berkaitan kerajaan seperti LADA, TIDA dan lain-lain.  Proton kot, sejak di ambil alih DRB-Hicom dan dia sendiri jadi Pengerusi, bukan ada kaitan dengan kerajaan lagi dah?

Tapi kenapa diumum sekali dengan jawatan-jawatan lain yang berkaitan kerajaan?

Rupanya, dengan pendedahan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Sabri Yaakub tak lama selepas Mahathir letak jawatan, barulah kita tahu sebenarnya banyak masalah yang dihadapi syarikat ini, sejak tubuh sehinggalah sekarang.

Paling mengejutkan, dari 2 kenyataan Menteri kanan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak itu. nampak seolah hanya masa sahaja yang akan menentukan bila Proton akan lingkup akibat pelan rasionalisasinya yang tidak berjaya meningkatkan penjualan kenderaan syarikat tersebut.

Dalam erti kata lain, Proton sebenarnya dah nak lingkup, Mahathir tahu itu dan dengan cepat dia umum undur diri dari syarikat yang dinasionalkan olehnya sendiri pada zaman dia jadi Perdana Menteri.

Tak hairan kenapa dalam demo bantah GST yang kurang dapat sambutan Sabtu lepas, Mahathir datang naik Porsche, seolah-olah Proton ni tak pernah wujud dalam dirinya sekalipun dunia tahu itulah yang sangat dibangganya dulu, saudara maranya pun ramai jadi vendor Proton khabarnya.

No comments:

Post a Comment