Wednesday, May 11, 2016

Deklarasi Rakyat: Sekutu Sendiri Malukan Mahathir


Semalam sepatutnya jumlah satu juta penandatangan Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir, sudah diperolehi.  Berita mengenainya telah mula bergentayangan sejak petang hari sama (semalamlah tu).

Kita faham hari ini Raja-Raja Melayu mula bermesyuarat dan Mahathir terdesak nakkan angka satu juta itu untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baru dilantik.

Konon-kononnya begitu.

Bagaimanapun, belum Mahathiu sempat jejak kaki mengadap Raja-Raja Melayu (soal ada merit atau tidak belum sentuh lagi), isu jumlah satu juta penandatangan ini mula jadi persoalan.  

Ini setelah Ketua Sekretariat yang bertanggungjawab dalam hal itu, Kamarudin Jaafar mengesahkan jumlahnya belum capai 1 juta lagi!!

Walhal, jentera maya Mahathir dan Mukhriz dah mula berkokok dari semalam konon jumlah dah cukup, sekarang apa dah jadi?

Seolah-olah tidak wujud komunikasi antara Mahathir dan mereka yang bertanggungjawab pantau jumlah tandatangan ini.  Satu cakap lain yang satu lagi cakap lain, akhirnya Mahathir yang malu sendiri.

Perkara besar ni

Atau, Mahathir disabotaj Kamarudin yang kita tahu loyalis Anwar - musuh ketat Mahathir.  Masalah bila terdesak macam itulah, tak tengok-tengok dulu siapa yang boleh dibuat kawan, penyudahnya malu sendiri.

No comments:

Post a Comment