Monday, May 16, 2016

Memalukan, Muhkriz Tak Kenal Bapaknya Sendiri


Amat memalukan bagi bekas Menteri Kedah, Mukhriz Mahathir ini yang rupa-rupanya tidak kenal bapaknya sendiri, Mahathir.

Sebelum ini berulang kali Mukhriz cuba menjelaskan bahawa perjuangan Mahathir nak menjatuhkan Najib tidak akan menjejaskan BN kerana Perdana Menteri seterusnya adalah dari BN juga, rupanya memang Mahathir nak BN kalah untuk turunkan Najib.

Akhirnya Mahathir sendiri sahkan bahawa dia memang nak BN kalah untuk lihat Najib jatuh - bermula dari pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar 18hb Jun akan datang.

Memalukan betul ada anak yang macam ini, bapak sendiri pun tak kenal.  Kita yang tak berbinkan Mahathir ini pun awal-awal dah tahu, dari mula Mahathir lawan Najib, dia bukan nak lawan Najib saja tapi lawan BN juga, si Mukhriz ini saja yang tak nak mengaku.

Tak logik betul nak lawan Presiden tapi tak lawan partinya.  Ini fahaman bodoh dan kita bukan bodoh.

Begitupun yang penting sekarang, apa dia langkah Mukhriz selepas ini?  Kekal sebagai ADUN BN atau keluar dan jadi ADUN Bebas?  Duduk dalam BN pun dah tak guna lagi sebab dia menyokong Mahathir yang suruh jangan undi BN.


No comments:

Post a Comment