Friday, June 3, 2016

Kenapa Mahathir Suka Pilih Orang Tak Bermoral?


Semalam terbongkar dakwaan salah seorang orang kanan Mahathir dalam gerakan nak menjatuhkan Najib Razak ini, rupanya ada skandal dengan bini orang - ke tahap nak bercerai berai.

Ini bukan dakwaan yang biasa-biasa, disokong oleh dokumen Mahkamah katanya.  Apa pun yang berkenaan usah bimbanglah, kalau tak betul dakwaan itu boleh saman kepada Raja Perta Kamarudin yang mendedahkannya.  

Macam biasa, formulanya saman tak salah, tak saman, salah.  Kita tunggu dia berani saman atau tidak?

Sementara itu berlaku, persoalannya sekarang bukan kepada yang terlibat dalam perkara tak bermoral ni, tapi kepada Mahathir.  Kenapa agaknya si tua ini gemar memilih manusia yang terlibat dalam perkara keji seumpama ini sebagai orang kanannya?

Dulu Anwar, tahu dah terlibat kegiatan homoseksual sejak 1992, tapi Mahathir nampaknya tidak kisah dan menyokong pencalonan ini ke jawatan kedua tinggi dalam UMNO dan kerajaan, sehinggalah dipecat pada tahun 1998 - guna alasan yang sebenarnya dia sudah tahu 6 tahun lebih awal.

Sekarang si polan ini pulak.  Penulis yakin, kalau orang lain boleh tahu rahsia si polan ini, Mahathir yang pegang orang nombor 2 SB, pasti sudah tahu lebih awal.  Tak hairan dia sanggup kehilangan jawatan dan menjadi keldai Mahathir, mungkin dia tahu rahsianya akan didedah kalau tidak mendengar cakap.

Agaknya sebab itu dia jadi pilihan Mahathir, senang nak dikawal setelah rahsia besarnya Mahathir dah tahu dulu.

No comments:

Post a Comment