Monday, June 20, 2016

Najib Cakap Betul, Mahathir Patut Terus Kempen Untuk Pembangkang


Kita tidak menipu bila kata Mahathir sudah tidak lagi memberi kesan kepada sesiapa di negara ini - melainkan mereka yang menganggapnya sedikit bawah dari Tuhan.

Memang betul dia takde kesan, buat apa, pergi mana, lancar gerakan apa pun, rakyat tolak semuanya.  Kalau dalam pilihanraya negeri Sarawak tak cukup dijadikan bukti,keputusan di Sg Besar dan Kuala Kangsar tu apa mereka nak kata?

Hakikat ini seakan diakui sendiri oleh anaknya, Mukhriz yang  mengucapkan tahniah di atas kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sg Besar.  Taklah ada impak pun (ucapan itu)  tapi sebab bapaknya mengempen nak BN kalah (sampai hilang deposit), anaknya pulak ucap tahniah bila menang, secara tak langsung Mukhriz setuju bapaknya takdak beri kesan.

Justeru, berharaplah agar Mahathir terus hidup dan berfikiran macam sekarang sehingga PRU14 akan datang.  Kalau hidup tapi nyanyuk pun tak ada gunanya juga, siapa nak terima dia kempen nanti?

Dengan itu dapatlah dia terus berkempen untuk pembangkang dan BN boleh terus menang.  Mahathir ni, orang pembangkang sendiri pun menyampah dengan dia walaupun dia secara sukarela berkempen untuk mereka, dia saja yang tak sedar diri.

Najib sendiri pun nampaknya tahu Mahathir ini bawak lebih banyak bala dari kebaikan kepada pembangkang sebab itu beliau menganjur kepada perkara yang sama (Mahathir terus kempen untuk pembangkang) semalam.

No comments:

Post a Comment