Monday, June 13, 2016

Rosmah Guna Jet Rasmi, Mahathir Guna Jet Tauke Judi


Isu Mahathir guna jet untuk berjalan dalam negara ini bukan cerita baru.  Pernah ketika menjadi Pengerusi Petronas, Mahathir terbang dengan jet peribadi untuk ke Alor Setar pada bulan puasa semata-mata nak membeli kuih kegemarannya di Pekan Rabu.

Terbaru, ketika berkempen untuk parti PAN di Kuala Kangsar, Mahathir datang dengan naik jet peribadi lagi.  Menariknya, jet dengan nombor penant 9M-TST itu adalah milik Vincet Tan, seorang tauke judi yang juga kroni Mahathir zaman berzaman seperti yang dikatakan orang.

Bab kroni itu yang dikatakan orang, bab tauke judi itu memang hakikat.

Logik akal, hubungan istimewa lah ni boleh guna jet orang sesuka hati, hairannya kenapa dulu nafikan kroni?  Bukan murah tu, minyak bukan boleh isi di stesen Petronas.  Penulis tak tahu pasal jet tapi kalau kereta memang boleh  guna nama orang lain walaupun kita yang  membayarnya (proksi).

Jadi sementara penggunaan jet rasmi kerajaan oleh isteri ketua kerajaan (Perdana Menteri) dijadikan isu oleh Mahathir, bab dia guna jet peribadi milik tauke judi yang pernah didakwa sebagai kroninya, tak pulak siapa boleh menjadikan isu?

Malang, Mahathir penganut fahaman machiavelli tegar, dia kalau baca Al-Quran pun hanya untuk mencari hujah agama bagaimana nak mengatakan faham machiavellinya itu lebih benar dari yang lain.

Sebab itu payah nak cakap agama dengan Mahathir, kalau dia faham, taklah dia benarkan dirinya bergelumang dengan unsur unsur subahat macam ini.

No comments:

Post a Comment