Thursday, June 9, 2016

SD Palsu Atau Tidak, Yg Penting Deklarasi Itu Tahu Palsu


Kita tidak bergantung kepada akuan bersumpah (SD) yang dibuat Azharudin Othman untuk mengatakan sebahagian besar 1.2 juta tandatangan dalam Deklarasi Rakyat itu adalah palsu.

Berbanding dengan akuan bersumpah itu, kita lebih percaya kenyataan yang dibuat Ketua Sekratariat Deklarasi Rakyat, Kamarudin Jaafar yang mengesahkan jumlah sebenar yang telah tandatangan deklarasi itu tidak sampai separuh dari yang diwar-warkan.

Hari sama selepas kenyataan Kamarudin dikeluarkan, masa itu jugalah Mahathir muncul mendakwa sasaran 1 juta dah sampai.  Bagaimana jumlah sebegitu banyak kurangnya tetiba menjadi cukup, itu yang menyakinkan kita bahawa keseluruhan proses itu adalah palsu.

Dan ini lama berlaku sebelum SD Azharudin muncul.

Lagipun dengan duit yang begitu banyak dilaburkan dalam usaha nak menumbangkan Najib, tidak mustahil orang ini boleh dijual beli.  Soal ini kita tidak bimbang kerana pihak polis sedang  menyiasat perkara tersebut.


Yang paling penting, katakanlah 1 juta tandatangan ini asli sekalipun, ia masih satu kerja yang sia-sia dan tidak dapat menumbangkan Najib kerana tidak ada peruntukan dalam perlembagaan seorang Perdana Menteri boleh ditumbangkan dengan sejuta atau berjuta tandatangan.

Seperkara lagi, kalau semua tandatangan itu benar benar asli, kenapa Mahathir perlu menipu dengan mengatakan YDP Agung berada dalam tahanan rumah dan kerna itu dia tidak boleh berjumpa dengan baginda untuk menyerahkan semua tandatangan tersebut.

Kenapa?

No comments:

Post a Comment