Tuesday, July 5, 2016

Muhyiddin, Jangan Cakap Banyak, Saman JMM Kalau Tak Betul


Bagi seorang yang percaya dengan konsep kalau saman tak salah, tak saman, salah, agak pelik kenapa Muhyiddin banyak cakap dalam hal dia tidak hadir dalam program Nothing To Hide 2.0 yang dianjurkan sebuah NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Konon JMM dan Presidennya, Azwanddin Hamzah ni menipu, tak pernah jumpa dia pun, anjur program tanpa pengetahuan dia dan sengaja nak cemarkan maruahnya (sejak bila boneka Mahathir macam dia ada maruah?)

Eh, banyak cakap pulak, saman sajalah, susah apa?  Dia kata Azwan tipu, Azwan kata Muhyiddin tipu, apa lagi jalan paling baik kalau bukan saman?

Ini apa pun tak saman cakap saja banyak.  Suami orang tuduh Muhyiddin berhubungan dengan isterinya dalam akuan bersumpah, tak saman, anjur program untuk cemarkan maruahnya pun masih tak saman lagi.

Tapi jangan Najib kang.


Dunia pun tahu sukarnya nak menyaman agensi berita antarabangsa seperti Wall Street Journal (WSJ) yang tidak ada pengkalan di negara ini.   Tapi Muhyiddin peduli apa, tetap dia gunakan alasan itu untuk berkomplot dengan Mahathir demi nak lihat Najib jatuh.

Bila gerakan itu gagal dan dia pulak yang dituduh macam-macam, pandai pulak mengelak dari saman.  Padahalnya bukan libat sesiapa di luar negara pun, semuanya berada di negara ini.

Pun tak saman jugak, entah apa yang ditakutkan.

No comments:

Post a Comment