Friday, August 5, 2016

Parti Baru Mahathir Meniru UMNO


Dari apa yang difahamkan, parti politik berpresidenkan Muhyiddin Yassin yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi, akan mengekalkan konsep keahlian yang sama macam UMNO - Melayu dan Bumiputera.

Mahathir ni nampaknya dalam kutuk-kutuk UMNO pun, keahlian parti barunya tidak berbeza langsung dengan UMNO.  Takde pilihan?  Siapa cakap takde?  Mahathir boleh saja buat parti berbilang kaum, tapi tidak dibuat begitu.

Nampaknya konsep keahlian UMNO ini memang tidak boleh digugat, Mahathir pun tak jumpa cara lain untuk menubuhkan parti yang tanpanya orang Melayu dan Bumiputera.

Ini bukan kali pertama Mahathir tubuh parti baru, sebenarnya kali kedua.  UMNO yang sedia ada sekarang pun Mahathirlah yang tubuhkan.  UMNO yang lama diharamkan Mahathir sebab taknak Team B yang kalah dalam pemilihan 1987 mencabar keputusan itu di Mahkamah dan akhirnya membawa kepada pemilihan semula yang pastinya menyaksikan dia kalah.

Persoalannya sekarang, apa jadi dengan bukan Melayu dan bukan bumiputera yang menyokong Mahathir?  Orang macam Ling Liong Sik dan Matthias Chang contohnya, nak diletak mana orang-orang ni semua?

Mungkin Mahathir akan mewujudkan kelab bukan Melayu dalam parti barunya nanti seperti mana PAS menubuhkan kelab penyokong yang dikhaskan untuk ahli bukan Islam parti itu - tiru lagi, kali ini PAS pulak.

Asyik meniru saja Mahathir ni, apa nak jadilah agaknya?

No comments:

Post a Comment