Wednesday, August 10, 2016

Parti Baru Mahathir Tiru Logo Klinik Botox



Pengguna media sosial hari ini mula mentertawakan parti politik baharu yang diterahui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rata-rata mendakwa logo parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mempunyai persamaan dengan logo Klinik Nexus yang truut menawarkan perkhidmatan botox.


Ada juga dikalangan mereka yang mengatakan logo tersebut mempunyai persamaan dengan logo negara Hong Kong dan pasaraya The Store.

Tidak cukup dengan itu, ada dikalangan mereka turut memuatnaik klip video pendek yang memaparkan cara logo tersebut dicipta.

Selasa lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri hadir di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Kementerian Dalam Negeri untuk mendaftarkan parti politik tersebut.

Mahathir bagaimana pun tidakhadir ketika proses memfailkan permohonan parti baru itu, kerana sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara akibat masalah jangkitan di dada.

Beberapa penganalisis politik menyuarakan keraguan bahawa parti baru itu boleh bertahan lama, jika ia berjaya dilancarkan.

"Saya ragu-ragu akan ada sokongan yang besar daripada rakyat, terutamanya apabila mereka yang akan menerajui parti baru adalah bekas pemimpin UMNO yang telah dilihat mempunyai agenda mereka sendiri, iaitu untuk menggulingkan kepimpinan semasa," kata penganalisa politik dari Sabah, Jeniri Amir.

"Parti-parti politik yang mempunyai agenda peribadi tidak bertahan lama. Ini terbukti berdasarkan perkembangan parti politik di Malaysia. Parti serpihan tidak dapat bertahan, kecuali Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diketuai oleh pemimpin pembangkang dipenjara Anwar Ibrahim, tambahnya. 

Jeniri juga meramalkan bahawa sukar bagi Bersatu untuk masuk ke Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), kerana parti dari Semenanjung Malaysia tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, katanya.

Penganalisa politik Mohamad Redzuan Othman bersetuju bahawa jangka hayat PKR mempunyai kaitan dengan populariti Anwar.

"Saya tidak melihat semangat perjuangan yang sama daripada Muhyiddin yang marah pada Najib, dan saya tidak fikir mereka akan dapat bertahan," kata Naib Canselor Universiti Selangor itu.

"Dalam usaha untuk menubuhkan parti baru, anda perlu mempunyai karisma, sokongan kewangan, rangkaian dan sokongan akar umbi, yang kumpulan baru ini tidak punyai sama sekali," katanya.

No comments:

Post a Comment