Tuesday, September 27, 2016

Litar Sepang Ni Rakyat Punya Ke Mahathir Punya? Anak Pengerusi, Anak Buah CEO!!


Menjelang perlumbaan F1 di Sepang hujung minggu ini, ada perkembangan menarik mengenai litar tersebut yang rakyat patut tahu.

Semua orang maklum bahawa anak Mahathir, Mokhzani telah memegang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) sejak litar itu mula beroperasi pada lewat 90-an.  

Tapi mungkin tak ramai tahu bahawa CEO SIC hari ini adalah juga anak saudara kepada Mahathir - anak saudara Hasmahlah lebih tepat.

Ini menimbulkan persoalan litar SIC ni dulu buat pakai duit rakyat ke pakai duit Mahathir sampai anak dan anak buahnya boleh duduk di 2 kerusi penting SIC pada ketika Mahathir menjadi pemimpin pembangkang hari ini?

Mungkinlah pakai duit Mahathir kot sebab baru-baru ni Mahathir mengaku masa dia jadi Perdana Menteri, segalanya berkenaan hidup dia adalah ditanggung oleh kerajaan - semua disediakan.  Bolehlah dia menyimpan segala duit gajinya tu.

Pada tahun SIC siap dibina (akhir 90-an), negara mana ada duit kerana dilanda kemelesetan ekonomi 1997 yang Mahathir jadi puncanya.

Jadi bersangka baiklah bahawa SIC tu mungkin Mahathir punya atau ada saham yang besar di dalamnya maka itu anak dan anak buahnya boleh pegang jawatan yang tinggi dalam SIC.  Itu yang kita tahu, yang kita tak tahu, entah berapa ramailah lagi,

Oleh yang demikian, kerajaan perlu menghentikan sebarang bentuk bantuan dan publisiti kepada SIC ini memandangkan ia dimiliki oleh keluarga pemimpin pembangkang - itu kalau betul Mahathir punyalah.

Kalau tidak, 2 orang ini perlu disingkirkan dan diganti dengan mereka yang lebih cenderung kepada menyokong kerajaan.  Nanti kita taknak lah litar SIC ini jadi tempat parti Mahathir mempromosikan parti itu.

Silap-silap dibuatnya replika bunga raya besar tengah-tengah litar tu, tak kah nanti naya?

No comments:

Post a Comment