Thursday, October 27, 2016

Hospital Di Johor Terbakar, Muhyiddin Sibuk Bermonolog


Tak dapat dikirakan entah berapa banyak kali Muhyiddin menggunakan nama rakyat, rakyat Johor terutamanya untuk menjustifikasikan 'perjuangannya' menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nampak macam 'rakyat' sangatlah Muhyiddin ni - bakal Perdana Menteri yang dinamakan Mahathir kalau pembangkang menang dalam PRU14 (kalau).

Semalam bagaimanapun membuktikan takdelah Muhyiddin ni prihatin rakyat mana pun, terutama di Johor sebab dalam Johor dilanda beberapa musibah, Muhyiddin sibuk bermonolog di Parlimen, melampiaskan amarahnya kepada Najib - atas arahan Mahathirlah tentunya.


Patutnya, Muhyiddin gantung sekejap kesumat politiknya tu dan menunjukkan keprihatinan kepada rakyat Johor yang dilanda musibah, ini kesumat politik dia pulak yang didahulukannya.

Apa pun Muhyiddin ni pengecut, berani buat tuduhan yang hanya dilindungi imuniti parlimen.  Kalau berani, ulang kenyataan sama di luarlah, itupun kalau ada telur.

No comments:

Post a Comment