Wednesday, October 5, 2016

Jumlah Ahli PPBM, Siapa Yang Peduli?


Puak-puak yang mendewakan Mahathir ini diketahui memang taksub dengan angka - lagi tinggi angka, lagi bagus. Tak dapat tinggi, tinggikan lagi dengan apa cara pun.

Inilah halnya yang kita lihat dalam Deklarasi Rakyat dan inilah juga halnya yang bakal kita lihat dalam parti yang Mahathir tubuhkan - Pribumi.

Dalam hal Deklarasi Rakyat, jumlah sebenar yang menandatangani deklarasi itu berbeza sama sekali dengan jumlah yang diumumkan Mahathir, rupanya ada penipuan di belakang sekalipun mereka cuba menafikannya.

Sampai sekarang Mahathir tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas orang yang dedahkan perkara itu, kiranya betullah.

Terkini nak umum jumlah ahli Pribumi pulak.  Macamlah kita peduli, lebih-lebih lagi dengan track record yang sebegitu dalam hal Deklarasi Rakyat.  Atau mungkin budak Syed Saddiq ini tidak ada kerja lain yang nak dibuat?

Kalau masih belum jelas, menubuhkan parti ni bukan untuk berlawan siapa lebih ramai ahli sebab di Malaysia ini pengundi atas pagar yang main banyak peranan dalam menentukan kalah menang sesuatu parti itu.  

Menubuhkan parti ini adalah untuk membela rakyat dan sampai sekarang, rakyat tidak nampak apa dia hala tuju Pribumi ni melainkan perkara-perkara retorik berkaitan Islam dan Bumiputera yang orang dah muak nak dengar.

Selain nak lihat Datuk Seri Najib Tun Razak tumbang.  Lain ada ke?

No comments:

Post a Comment