Tuesday, October 11, 2016

Tidak Ada Yang Menuduh Kenapa Shafie Terasa?


Penulis membaca kenyataan Menteri yang bertanggungjawab ke atas air dan infrastruktur lain di Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai penahanan 2 pegawai berkuasa air negeri berhubung satu pendakwaan rasuah.

Jelas disitu kenyataan tersebut adalah sangat adil dalam konteks apa yang berlaku sehingga menyebabkan perlakuan rasuah tersebut, tidak ada yang ganjil.  Yang kena tuduh dan bakal didakwa ialah pegawai kerajaan negeri, wajarlah pimpinan negeri sendiri yang menjawab, nanti kata apa pulak?

Yang ganjil ialah bila bekas Menteri Shafie Apdal melihat kenyataan itu seolah-olah Pairin menujukan kepada dirinya!!  Hanya sebab sebut kementerian yang pernah Shafie terajui disebut Pairin, tidak bermaksud kenyataan itu ditujukan kepada dia!!

Bukan kita tidak tahu kerja-kerja seperti itu, melibatkan peruntukkan yang begitu besar pulak, banyak pegawai yang berkenaan terlibat di dalamnya, bukan semua mesti Menteri seorang saja yang terlibat.

Jadi yang Shafie terasa kenapa. ada apa-apa yang kita tidak tahukah?

Apa pun seperti mana kata Shafie sendiri, elok dibenarkan SPRM untuk menyiasat, cuma bukan kalau dalam hal dakwaan Mahathir kononnya Datuk Seri Najib melesapkan duit 1MDB dulu, Shafie juga menunggu siasatan, tentu dia masih Naib Presiden UMNO lagi sekarang.

No comments:

Post a Comment