Tuesday, November 8, 2016

Kadir Dah Jadi Pembangkang, Apa Diharap Tulis Baik Pasal Kerajaan 


Dalam barisan kepimpinan parti Pribumi cap bunga raya yang baru, nama Kadir Jasin disebut sebagai salah seorang dari Naib Presiden parti itu - nak tunjuk bahawa dia adalah pembangkang sekarang ni.  

Sengaja disebut sebab, parti Pribumi ini cuba meniru segala segi tentang UMNO (melainkan bab bukan Melayu/bumiputera sebagai ahli bersekutu @ kelas kedua), hingga ramai yang terlupa hakikat tu bahawa Pribumi ini adalah parti pembangkang, bukan team B dalam UMNO yang menggelar puak mereka sebagai puak bunga raya.

Balik pada  si Kadir ini tadi.

Jadi, memandangkan Kadir adalah orang pembangkang, apa diharap dia menulis yang baik baik pasal kerajaan? Ini merujuk kepada tulisan Kadir di sebuah akhbar tentang pelaburan China dalam  projek pembinaan keretapi laju bernilai RM 55 billion.  Kata Kadir, kerajaan dah 'berhutang'!!

Hutang dengan pelaburan pun tak boleh nak beza, faham ekonomi macam mana dia ni?

Sepatutnya kita tak begitu hairan.  Satu syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan nya pun lingkup konon sebab GST (satu-satunya syarikat yang umum lingkup sebab GST), lagi nak ajar kerajaan pasal pelaburan berpuluh billion ke?  Rasa nak nangis pun ada.

Itu satu hal, satu hal lagi, kenapa setiap kali orang pembangkang cakap pasal hutang negara, dia tak sebut pulak pasal pendapatan negara?

Macam pandai buat perbandingan hutang negara zaman Mahathir, Paklah dan hari ini, tapi pendapatan negara bagi setiap zaman tersebut, tak pulak dibuat perbandingan macam mana?

Sebab itu awal-awal dah kata, pembangkang kalau tulis pasal kerajaan, jangan percayalah, memang ada sana sikit fakta, tapi lebihnya propaganda.  Hutang sebut, pendapatan tak sebut, pelaburan dengan hutang tak boleh beza, semua inilah yang dikatakan sebagai propaganda yang lebihnya tu.

No comments:

Post a Comment