Friday, November 25, 2016

"With Me Or Be My Enemy" - Itulah Bahagian Mahathir Yg Tak Berubah


Sebetulnya politik zaman Mahathir sangat mudah "with me or be my enemy" (bersama aku atau jadi musuh aku").  Masa dia dalam UMNO macam itu, masa dia dalam pembangkang pun sekarang itu.

Maka tak hairan kenapa Mahathir hari ini pukul keliling, siapa yang tak ikut dia, semua makan dedak.  DAP yang sanggup ikut dia, dianggap suci dan tidak pernah berbuat dosa.  Dulu yang dia kutuk dan gelar DAP macam-macam, buat lupa.

Itulah nasib yang menerima Ibrahim Ali.  Ya, sesetengah ada yang menganggap perbalahan antara mereka berdua ini hanya satu sandiwara. tapi dari satu sudut, ia menyerlahkan siapa Mahathir yang sebenarnya dan bagaimana dia berpolitik.

Takde class langsung.

Macam manakah agaknya parti Pribumi yang Mahathir tubuhkan nak mengamalkan demokrasi yang sebenarnya macam ini, kalau semua mesti ikut cakap dia atau dituduhnya semua orang tak ikut sebagai makan dedak.  Takkan Mahathir setaraf Nabi kot tak pernah buat salah langsung?

Sekarang tak hairanlah masa Bersih 5 hari tu, Muhyiddin dan Mukhriz serta lain-lain dah lama berada di sekitar Kuala Lumpur, tapi mereka menunggu Mahathir datang jugak untuk sama-sama berarak ke KLCC, punyalah takut dengan Mahathir tu sangat.

No comments:

Post a Comment