Tuesday, December 20, 2016

BIla Daim Bercakap, Itu Adalah Atas Kapasiti Sebagai Balaci Mahathir


Anwar telah beberapa kali menjelaskan bahawa dia sudah tidak ada apa-apa masalah dengan Mahathir tapi masih ada masalah dengan Daim.  Mahathir dan Daim pulak, masih rapat sehingga sekarang.

Malah dikatakan orang bahawa Daim adalah funder disebalik gerakan Mahathir untuk menumbangkan Najib.  Dikatakan orang ya.  Tapi yang penting untuk semua orang tahu ialah, Daim masih dan akan selamanya menjadi balaci Mahathir.

Mahathir telah banyak mengkayakan Daim.  Projek pembinaan lebuhraya Utara Selatan (PLUS) adalah salah satu bukti bagaimana Mahathir menggunakan wang rakyat untuk mengkayakan kroni-kroninya seperti Daim - berselindung disebalik konon membina infrastruktur untuk rakyat.

Sehingga 2038, hutang PLUS perlu dijelaskan rakyat dalam bentuk bayaran tol.  Ini baru betul menyusahkan rakyat beberapa keturunan, bukan seperti apa yang Mahathir tuduh Najib lakukan dalam soal pembinaan ECRL, HRT, MRT dan sebagainya.


Justeru, bila Daim beberapa hari lepas menulis tentang cara kerajaan menguruskan ekonomi - kononnya secara berhutang, perlulah diketahui bahawa dia tidaklah menulis sebagai seorang yang bebas, sebaliknya sebagai balaci tegar Mahathir.

Apa diharap Daim akan menulis yang baik tentang cara kerajaan menguruskan ekonomi?  Sudah tentulah sebagai seorang pemakan jasa Mahathir antara terbesar, Daim hanya akan menulis yang buruk-buruk saja tentang kerajaan yang Mahathir sekarang tentang.

Sekalipun isunya ekonomi tapi kenyataan itu ialah tentang kesetiaan tidak berbelah bahagi Daim kepada Mahathir - tidak lebih dan tidak kurang.

No comments:

Post a Comment