Saturday, December 3, 2016

KJ BIkin Rosak Perhimpunan Dengan Soal Pemilihan


Dalam begitu banyak perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) ini, hanya KJ sorang bercakap tentang pemilihan parti, apabila mengumumkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Untuk apa ini disebut?  Bukan ada keperluan pun kerana tidak ada had umur untuk jawatan Ketua Pemuda.  Lainlah kalau Puteri, umur 40 orang tahu dah perlu digantikan dengan orang lain.

Tak pasal-pasal, PAU2016 yang sepatutnya jadi medan mengukuhkan parti dalam menghadapi PRU14, sudah dikotorkan dengan isu pemilihan.  Silap-silap, di kalangan pemuda sendiri, sudah ada kempen oleh orang-orang tertentu untuk bertanding jawatan tersebut.

Soal pilihanraya macam mana ni?

Motif tindakan KJ ini sangat diragui dan boleh dianggap cuba memecah belahkan parti sebelum masanya.  Hendaknya perwakilan tidak termakan dengan politik KJ ini dan terus dengan politik mengukuhkan parti bagi menghadapi PRU14.

No comments:

Post a Comment