Monday, January 9, 2017

Budak Dipaksa Ponteng Untuk 'Ramaikan' Himpunan Sokong Anwar



Semakin hari sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin menurun.

Malah himpunan yang diadakan di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar pagi tadi juga dilihat hambar dan gagal mendapat sokongan seperti yang diharapkan.




Anwar yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.


 Anwar yang di kawal ketat polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi sambil diiringi laungan 'reformasi' oleh penyokongnya.


Turut hadir, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan barisan pemimpin kerajaan negeri lain.

Namun apa yang mengecewakan ia bukan sahaja hambar, malah PKR terpaksa mengunakan khidmat anak-anak kecil yang dipaksa untuk poteng sekolah untuk meramaikan himpunan tersebut.

Mereka bukan sekadar hadir, malh turut dipaksa untuk memakai t-shirt 'Sokong Anwar' dan ditugaskan untuk membantu mengedarkan makanan dan minuman kepada hadirin yang lain.

Persoalannya dimanakah para pejuang moral yang gah sebelum ini?

No comments:

Post a Comment