Monday, January 9, 2017

Parti Mahathir Tunggu Masa Untuk Berkubur






Belum apa-apa parti ciptaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir ibarat menunggu masa untuk berkubur.


Setelah berdepan dengan masalah kekurangan sokongan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi dilanda badai apabila bekas Ketua Srikandi parti itu Anina Saadudin dipecat dari jawatan.




Menurut Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin Anina tidak cukup syarat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Apabila kami tubuhkan parti ini, kami meminta beliau memimpin dan meletakkan Srikandi dalam usul (ketika penubuhan PPBM).

"(Namun) apa yang berlaku mungkin Anina tidak mencapai sasaran," katanya kepada dalam sidang media yang turut dihadiri Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anina sebelum ini mendakwa dirinya dipecat dari jawatan yang dipegangnya secara sah disebabkan oleh penyebaran teks seks dipercayai melibatkan dirinya serta lelaki yang tidak dikenali.

Sementara itu Dr Mahathir dalam sidang media yang sama meminta Anina untuk tidak beremosi walaupun tidak diberi jawatan mengetuai sayap wanita parti.

No comments:

Post a Comment