Monday, February 6, 2017

Kadir Kata, Hilang Billion-Billion Duit Rakyat Takpe Untuk Selamatkan Ringgit


Naib Presiden parti bunga, Kadir Jasin menulis di dalam akhbar Sinar Harian semalam meminta semua pihak berhati-hati untuk ungkit kisah lama - khusus merujuk kepada 2 skandal berlaku zaman Mahathir inilah, BMF dan kerugian Forex.

Penulis taknak ulas sangat pasal BMF tu kerana yang kata Mahathir terlibat ialah CIA, bukan mana-mana pihak dalam kerajaan.  Kalau ada yang diulas oleh pemimpin kerajaan pun, hanyalah berkaitan pendedahan oleh CIA itu saja.

Yang terasa macam Mahathir dah bersalah tu kenapa?

Bagaimanapun, penulis lebih tertarik bila Kadir mengulas tentang kehilangan berbilion wang rakyat dalam Forex ini.  Kata Kadir, tujuannya baik - untuk mempertahankan matawang negara, tapi baik apa bendanya kalau sampai RM 30 billion hilang?

Nak baca macam itu (baik), maka tujuan penubuhan 1MDB pun lebih baik lagi - memecah monopoli kroni Mahathir dalam IPP yang akhirnya menyebabkan rakyat akan menanggung bil elektrik tinggi kerana perjanjian yang berat sebelah.

Apatah lagi bila disebut bahawa 'tujuan tersirat operasi itu'.  Boleh pulak berpuluh billion wang rakyat terjejas kerana tujuan tersirat ya.  

Tulisan Kadir ini seharusnya menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk meneruskan siasatan terhadap skandal tersebut.  Ini masalahnya, berpuluh billion hilang tapi tak seorang pun yang dipenjarakan kerananya, jangan kata itu (dipenjara), siasatan pun tak ada.

Atau mungkin pemahamannya Gabenor letak jawatan, masalah semua selesai, itu ikut peraturan dan undang-undang mana pulak?  Salah, salahlah, mana boleh selesai macam itu saja.  Berbillion yang hilang ni.

No comments:

Post a Comment