Thursday, February 9, 2017

Kerajaan Perlu Sita Harta Anak-Anak Mahathir



Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini menggesa kerajaan segera melakukan siasatan terhadap harta yang dimiliki oleh anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan mendapat 'jalan mudah' sehingga mampu bergelar jutawan segera.

Menurut Pengerusinya, Ramesh Rao Krishnan sepanjang pemerintahan regim Mahathir selama 22 tahun pelbagai keistimewaan telah diberikan kepada anak-anak Mahathir antaranya tender kerajaan yang bernilai puluhan juta ringgit sehingga membolehkan mereka bergelar orang paling kaya di negara ini.




"Untuk memulakan sesuatu perniagaan kamu perlukan modal, tambahan kalau projeknya besar lagi besar modal yang diperlukan.

 "Memandangkan perniagaan yang dilaksanakan oleh anak-anak Mahathir bukan sesuatu yang kecil, jadi dari mana mereka dapat modal ya," soal Ramesh melalui status di laman Facebooknya.

Untuk rekod, Mirzan Mahathir menguasai beberapa peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies Berhad, Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad, World Wide Holdings Berhad, Artwright Holding Berhad dan sebuah syarikat arak konglomerat terbesar di Filipina San Miguel.

Sementara itu menurut majalah Malaysia Business, Mokhzani Mahathir yang merupakan antara 3 tokoh perniagaan paling kaya di negara ini memiliki syarikat Kenchana Petroleum, THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad, Pantai Holdings Berhad dan banyak lagi.

Malah ada yang mendakwa Mahathir telah melakukan banyak salah guna kuasa dengan mengunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk memastikan tender dan projek kerajaan diberikan kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan anak-anaknya.

Paling menarik melalui buku autobiografinya 'Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir', beliau pernah mengakui keluarganya berasal dari golongan yang sederhana.

Persoalannya sekiranya Mahathir bukan dari golongan yang berada, dari manakah anak-anaknya mampu memperolehi modal yang begitu besar sehingga berjaya menguasai banyak syarikat-syarikat konglomerat?

Kesimpulannya adalah suatu yang wajar satu siasatan menyeluruh dijalankan bagi membuktikan tiada sebarang salah guna kuasa ketika regim pemerintahan Mahathir.

Sekiranya terbukti bersalah, adalah wajar semua harta yang dimiliki okeh anak-anak itu disita dan dipulangkan kembali kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment