Friday, February 17, 2017

Mahathir Bapa Perpecahan Melayu


Selama bertahun tahun rakyat terpedaya dengan permainan wayang konon Mahathir adalah seorang ultra Melayu, pro Melayu dan segalanya Melayu.

Yang betulnya, berdasarkan banyak maklumat, jauh dari hero Melayu, Mahathir sebenarnya boleh dikatakan bapa perpecahan Melayu.  

Dikaji-kaji semula dari jumlah ekuiti bumiputera yang langsung tidak berubah dari saat Mahathir jadi Perdana Menteri sehingga bersara, kepada penubuhan parti-parti politik serpihan UMNO setiap kali Mahathir bergaduh dengan orang, semua ini adalah bukti yang nyata bagi menyokong hakikat tersebut.

Orang Melayu tak berkembang dan bersatu semasa Mahathir berkuasa. Dipecah-pecah belah pulak lagi semuanya agar dia dapat jadi yang terlama.

Malah, parti pure orang UMNO yang ada hari ini pun bukanlah UMNO sama yang ditubuh dikaki tangga Istana tahun 1946 dulu kerana Mahathir dan putar belitnya 'telah' mengharamkan UMNO yang itu dan menubuhkan UMNO Baru bagi mengelakkan pemilihan kontroversi 1987 dari diadakan semula.

Dibawah UMNO baru, ahli UMNO bukan saja Melayu macam dulu, tapi ada bumiputera (orang asal tapi bukan Melayu) yang boleh menyertainya.  Tidaklah salah dengan itu, tapi sekadar nak sebut dari parti pure Melayu, UMNO sudah ada bukan Melayu sebagai ahlinya, itu saja.


Mungkin sebab Mahathir taknak Melayu bersatu dalam UMNO yang mana boleh dijadikan platform untuk melawannya, mungkinlah.

Tak hairan, tidak ada apa 'kebanggaan' Mahathir hari ini yang boleh dikaitkan dengan Melayu.  KLCC, pengunjung saja Melayu, peniaga bangsa lain.  SICC, dari wujud sampai nak tamat kontrak penganjuran F1 tak lama lagi, belum ada pelumba Melayu berlumba disitu.

Engineer tu adalah Melayu, tapi bercakap pasal F1, siapa yang ingat Engineernya, orang ingat pelumbanya.

Berdasarkan jumlah orang terkaya di Malaysia pun, tak ramai nama Melayu.  Satu dua yang ada pun, salah seorang tu adalah anaknya sendiri.  Melayu jugaklah tapi apa nak banggakan?  Anak dia kot.

Jadi, benarlah Mahathir bapa perpecahan Melayu.  Tapi yelah, apa nak diharap orang darah keturunan Kerala untuk menjaga Melayu?  Silap kita dulu, jangan di ulang di masa depan wahai bangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment