Monday, February 27, 2017

Raja Arab Datang, Dia Tak Sibuk Pasal Derma Pulak


Sebelum ini Mahathir adalah orang paling kecoh tentang derma RM 2.6 billion yang masuk akaun Perdana Menteri pada tahun 2013.  Ke hulu ke hilir Mahathir bercakap tentang hal itu dan menuduh ia adalah wang yang dicuri dari 1MDB.

Bila ditunjuk bukti bahawa ia adalah wang derma dari Arab Saudi dan Arab Saudi sendiri pun tidak menafikannya, Mahathir memperlekehkan pulak jawapan itu, siap tuduh Arab gila saja yang bagi derma banyak itu.

Sekarang Raja Arab Saudi sudah datang Malaysia, jangan kata ura-ura nak berjumpa, Mahathir tidak lagi bercakap tentang derma RM 2.6 billion itu.  Sebaliknya, dia dipercayai mengarahkan para balacinya untuk menyerang perjanjian syarikat minyak Arab Saudi, Aramco dengan Petronas.

Dah pergi mana cerita RM 2.6 billion yang dijaja-jaja tadi kononnya bukan wang derma tapi wang yang dicuri dari 1MDB?  Patutnya inilah masa yang paling sesuai untuk membicarakan perkara tersebut.

Masa bila lagi yang sesuai?

Atau Mahathir memang tahu dari mula bahawanya sememangnya wang itu derma dari Arab Saudi tapi dia tetap menjadikannya isu untuk memastikan Najib diturunkan dengan apa cara sekalipun dan anak dia sendiri menjadi pengganti Najib.

Kalau itu halnya, mengaku sajalah.

No comments:

Post a Comment