Friday, March 24, 2017

Beli Jet Pejuang Terpakai, Itulah Jasa Mahathir Kepada Askar Kita



Banyak yang diperkatakan orang tentang sumbangan Mahathir dalam penganjuran LIMA2017.  Sumbangan apa?  Kepada penganjuran itu mungkinlah tapi kepada industri pertahanan dan angkatan tentera kita secara keseluruhannya apa dia?

Hampir tidak ada.

Banyak perolehan yang dibuat sepanjang penganjuran LIMA sejak 1991, adalah kerana Datuk Sri Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mahathir hanya endorse saja sebab dia Perdana Menteri tapi yang buat semua kerja ialah Najib.

Mahathir ada rekod yang cukup buruk dalam hal pertahanan ini.  Ia adalah ketika Mahathir menjadi Menteri Pertahanan antara 1981 - 1985 dimana jet pejuang A4 Skyhawk terpakai dari Amerika Syarikat diperolehi.
Itu sepatutnya jadi sejarah yang menarik kepada negara sebab buat pertama kalinya kita memperolehi aset seperti itu dalam jumlah yang besar - 88 buah.  Tapi ia bertukar menjadi tragedi kerana dari 88 buah, kurang separuh yang dbawa balik dan digunakan, sementara bakinya tersadai di Padang pasir Arizona.

Yang separuh dibawa balik itupun, banyak yang terlibat dengan kemalangan sehingga mengorbankan nyawa juruterbang tentera kita.  

Itu yang nak bangga sangat dengan Mahathir tu?

No comments:

Post a Comment