Monday, March 27, 2017

Lemahnya Pribumi, Baru Bagi Cadangan, Bersusun Orang Menentang


Kita masih ingat ketika Anwar dibuang dari UMNO oleh Mahathir pada tahun 1998, DAP dan PAS ketika itu berlumba-lumba mencarinya untuk menawarkan diri menjadi kawan.  Anwar akhirnya memilih buat parti sendiri, yang kita kenal sebagai PKR hari ini.

Mahathir dan Muhyiddin pulak di tempat yang berlawan.  Bila masing-masing keluar/dibuang UMNO, mereka yang berlumba-lumba cari DAP dan PAS untuk membuat kawan.  Mahathir cari DAP, Muhyiddin cari PAS.

Nampak bezanya tu?

Apa pun tak mengubah hakikat Anwar ini masih seorang peliwat cuma nak tunjuk dari segi politik, cerdik Anwar dari 2 ekor ini tadi.  Anwar menentukan rentak untuk DAP dan PAS menarikan, sementara Muhyiddin dan Mahathir ini terpaksa menari ikut rentak Pakatan.

Tak hairan Muhyiddin begitu lemah di mata Pakatan.  Hari ini baru bagi cadangan, tak sempat petang bersusun-susun orang Pakatan menentang.  Ini bercakap tentang cadangan Pribumi mengetuai Pakatan.

Kotlah nak menunggu perbincangan, tidak, direject masa itu jugak.

No comments:

Post a Comment