Friday, March 17, 2017

Sukan Komanwel 2022: Bagus, Cuma Jangan Biar Tragedi SUKOM 98 Berulang


Cadangan Malaysia menjadi penganti kepada tuan rumah Sukan Komanwel 2022, Durban (Afrika Selatan), memang baik.  Sukan, seperti yang ramai orang tahu, mampu menarik kedatangan pelancong di samping peluang mempromosi negara di mata dunia.


Bagaimanapun dalam masa yang sama, kerajaan perlu melihat penganjuran Sukan Komanwel 1998 (Sukom98) di negara kita pada era Mahathir menjadi Perdana Menteri yang menimbulkan begitu banyak masalah kepada negara sebagai teladan dan tidak mengulangi kesilapan itu dalam Sukan Komanwel 2022.


Akaun Sukom98 hanya berjaya ditutup pada tahun 2012 - 14 tahun selepas penganjurannya.

Kenapa?  Sebab terlalu banyak penyelewengan kita rasa berlaku dalam penganjuran sukan tersebut.  Dah Sukom98 ini pun diterajui oleh adik ipar Mahathir sendiri, seorang jeneral bersara yang pernah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera pada era yang sama (Mahathir jadi Perdana Menteri).

Selain dia, dikatakan juga ramai suku sakat Mahathir bernaung dibawah syarikat Sukom98 ini.  Entah kenapa Mahathir tidak percayakan oran lain untuk mengendalikan Sukom98.

Tak hairanlah banyak masalah dan tak terperanjat kalau wujud penyelewengan, ada unsur-unsur kronisme di dalam itu.

p/s Stadium Bukit Jalil yang dibina khas untuk Sukom98 pun khabarnya tidak dibayar kepada Renong Berhad, sebaliknya dianggap 'khidmat negara' Pengerusinya kepada kerajaan, betul ke?

No comments:

Post a Comment