Monday, April 3, 2017

Antara 1MDB & Perwaja, Mana Satu Merugikan Rakyat?


Dalam banyak hal yang dibincangkan orang mengenai 1MDB ini, satu perkara yang ramai terlupa ialah, 1MDB ini bukan syarikat rugi, jauh lagi syarikat yang telah bankrap.  Dari mula ia ditubuhkan sehingga dijadikan isu oleh Mahathir, satu-satunya isu 1MDB ini ialah beberapa keputusan perniagaan tidak wajar oleh pengurusannya - bukan rugi atau bankrap.

Malah baru-baru ini didedahkan dalam parlimen bahawa 1MDB sudah tidak mempunyai hutang jangka pendek dengan bank bank tempatan, sebaliknya hutang jangka panjang dalam bentuk bon dan sebagainya.

Jadi kenapakah Mahathir masih berterusan mahu bersoal jawab tentang 1MDB bila syarikat tersebut tidak ditutup atau rugi?  Dah selesai hutang banyak pulak lagi, jadi apa masalahnya?

Kenapa Mahathir tidak persoal begitu banyak syarikat yang rugi atau lingkup dibawah pentadbirannya?  Syarikat macam Perwaja, BMF, Renong, Prasarana dan sebagainya.  Itu baru syarikat induknya, belum anak-anak syarikat dibawahnya lagi.

Semua syarikat itu rugi dibawah pentadbiran Mahathir sehingga terpaksa diambil alih dengan menggunakan duit rakyat. Malah yang berterusan rugi macam MAS, masih terus ditanggung kerajaan sedia ada sehingga kini.  

Ini yang patut didebatkan Mahathir, bukannya 1MDB.

No comments:

Post a Comment