Thursday, April 13, 2017

Kalau Ikut "Ramalan" Mahathir, Najib Tumbang Lama Dah


Mahathir keluar ramalan lagi, kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tumbang dalam PRU14 yang akan datang.  Ironinya keluar dari mulut Pengerusi kepada sebuah parti yang paling singkat usianya tapi sudah berpecah belah, ada parti serpihan, ahli keluar parti dan sebagainya.

Kena cakap banyak-banyak pasal Najib supaya orang tak nampak yang dia berlubang sana sini - lebih kurang macam itulah maksudnya.


Adalah lebih baik Mahathir fikirkan dirinya sendiri dari sibuk hal Najib.  Banyak cadangannya untuk Pakatan, ditolak bulat-bulat tak sempat bahas pun, lagi mau gebang pasal Najib nak tumbang ke tidak?

Tak usah buang masa sia-sia dengan ramalan Mahathir.  Dah masuk 3 tahun sejak serangan pertama untuk menjatuhkan Najib dijalankan, seinci pun kedudukan Najib tak terancam, ada pilihanraya negeri dan kecil, menang pulak lagi.

Sebaliknya, orang kepercayaan dia dan anak dia pulak yang tumbang, apa mau gebang lagi Mahathir?

No comments:

Post a Comment