Monday, April 10, 2017

Kenapa Debat Tentang Kekayaan Anak2 Mahathir, Ada Soalan Tentang Riza Aziz?


Ramai orang bertanya, kenapa Mukhriz mahu bertanya tentang punca kekayaan anak Datin Sri Rosmah Mansor, Riza Aziz dalam debatnya dengan bekas pegawai khasnya, Harris Che Mat mengenai punca kekayaan dia adik beradik?
Malah Mukhriz juga seakan-akan meletakkan perkara itu sebagai syarat untuk perdebatan itu diteruskan.

Bagaimana Harris mahu menjawab soalan mengenai punca kekayaan Riza Aziz bila beliau bukan ada kaitan sama sekali pun dengan penerbit filem di Hollywood itu?

Sekurang-kurangnya Mukhriz ada kaitan dengan Mokhzani dan Mirzan - dua lagi anak Mahathir yang bergelar jutawan, bolehlah menjawab apa juga persoalan Harris mengenai punca kekayaan mereka dalam debat itu nanti, sedangkan Harris apa kaitannya dengan Riza Aziz?

Jadi nampak bodoh dan dipandang oleh ramai orang sebagai cubaan Mukhriz untuk mengelak debat itu dari diadakan.  Dia cakap besar saja tapi jauh di dalam hatinya, ada ketakutan yang amat sangat.

Sebab itu letak syarat yang bukan-bukan kepada Harris.  Debat sajalah Mukhriz, kata berani sangat.

No comments:

Post a Comment