Wednesday, May 24, 2017

Mahathir Akan Tinggal Pakatan Kalau Muhyiddin (Dan Mukhriz) Tak Jadi PM



Semuanya sudah jelas bahawa Pakatan hanya akan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.  Sekalipun Anwar dalam penjara, bagaimana proses itu akan dilakukan pun sudah ditentukan oleh mereka.

Jika mendapatkan pengampunan diraja memakan masa, Pakatan telah menetapkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara - mana mana satu pun, impian Mahathir untuk melihat Muhyiddin dan Mukhriz selepas itu menjadi PM, tidak akan menjadi kenyataan.

Sebab itu ramai percaya Mahathir (atas sebab diatas) akan tinggalkan Pakatan,  bukan sahaja itu, dia juga akan berbuat sesuatu agar Pakatan ini kalah, seterusnya tidak boleh menamakan Anwar mahupun Wan Azizah sebagai Perdana Menteri.


Dalam erti kata lain, kalau anak aku tak dapat, siapa pun tak boleh dapat.

Jangan karta mustahil, dengan Mahathir tidak ada apa yang mustahil.  Apa yang dibuatnya kebelakangan ini membuktikan kenyataan tersebut.  Dia boleh beri dan tarik sokongan semudah menukar seluar dalam.

No comments:

Post a Comment