Wednesday, May 10, 2017

Muhyiddin Calon PM Pilihan, Kata Kaji Selidik Oleh Partinya Sendiri...Kelakar Apa Ni?


Satu kajian di kalangan 3,000 responden yang dijalankan oleh parti Bunga, menunjukkan Muhyiddin adalah PM pilihan rakyat Malaysia dan Mahathir jatuh nombor dua.  Datuk Sri Najib pulak jatuh nombor 9.

Lawak apakah ini?  Sendiri buat survey dan angkat Presiden sendiri sebagai calon PM terbaik?  Siapa bodoh dalam dunia nak pakai survey ni?

Pun begitu jadi tajuk berita jugak, itu yang tak faham.  Ini jelas kerja syok sendiri pun ada orang nak angkat sebagai berita utama.  Apa punya masalah dengan sesetengah orang kat Malaysia ni pun kita tak tahu.


Ini bukti terdesak nak menunjukkan konon mendapat sokongan.  Dalam masa yang sama menafikan proses dan sistem yang sama menjadikan Mahathir sebagai PM selama 22 tahun.  Taklah bertahan Mahathir selama itu kerana pendapat oleh 3,000 responden saja.

Dah, berhentu buat kerja bodoh!!

No comments:

Post a Comment