Wednesday, May 3, 2017

Parti Sedang Berantakan, Dimana Mahathir?


Selepas antara pengasas Bersatu, Cikgu Kamarul meninggalkan parti itu beberapa minggu sudah, adik beradik Othman dari Perak pula dikatakan sedang berantakan dengan seorang ketua bahagian Bersatu dari Taiping yang baru dilantik.

Media sosial menjadi pilihan untuk melepaskan rasa tidak puas hati masing-masing dan perbalahan ini dapat dilihat oleh semua orang.

Persoalannya, dimana Mahathir untuk mendamaikan semua pihak yang bertelagah ini?  Tak payah tanya Muhyiddinlah sebab silap-silap dia pun menjadi mangsa Mahathir juga apabila dihasut melawan Najib dan akhirnya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.


Kebelakangan ini Mahathir nampaknya lebih cenderung menyertai majlis yang tidak berkaitan dengan Bersatu seperti kelmarin bila Mahathir dilihat dalam majlis mengutip derma seorang ahli parlimen DAP.

Mungkin Mahathir sedar kekecohan yang berlaku dalam Bersatu sekarang ini dan cuba menjarakkan diri darinya.

No comments:

Post a Comment