Monday, May 15, 2017

Peluang Pekerjaan Datang Melalui Pelaburan, Bukan Cakap Kosong


Bila Syed Saddiq Sigaraga cakap pasal mengadakan sejuta peluang pekerjaan kalau Pakatan menang, sudah tentu dia tidak maksudkan peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan kerana dalam masa yang sama, ada orang DAP bercakap mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam.

Takkan satu cakap lain, satu lagi cakap lain kot.

Dah tentu yang dirujuknya ialah peluang pekerjaan lain dari kerajaan, maksudnya yang diwujudkan di sektor-sektor swasta.  Tapi budak ini terlupa, kalau sejuta, menambah yang sedia ada, itu perlukan pelaburan luar.


Mana mampu syarikat tempatan sahaja wujud sejuta peluang pekerjaan baru, dah tentu nak kena ada pelaburan asing.  Ironinya, Mahathir hari hari berusaha memastikan pelaburan asing tidak masuk ke negara ini melainkan yang ada untung kepadanya sahaja macam pelaburan India di Pulau Indah dimana salah seorang kroninya terbabit.

Lagi satu, Najib sedang mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekarang ini dengan terbaru tambahan lebih RM 35 billion pelaburan dari China.  Atau Syed Saddiq Sigaraga cuba menumpang usaha yang sedang Najib lakukan?

Kalau ya, malulah macam itu wooi.

No comments:

Post a Comment